Cari @ Amanz

Selain daripada gambar sebelum ini yang memperlihatkan Ascend P2, kini beberapa gambar baru turut hadir, memperlihatkan rekabentuk peranti daripada Huawei yang dijangka akan diperkenalkan pada MWC 2013 ini.

Huawei Ascend P2

Huawei Ascend P2 ini dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan paparan penuh HD, cip pemprosesan empat-teras 1.8GHz, memori sebanyak 2GB RAM, kamera 13-megapixel dan juga menjalankan Android 4.1.2 dengan antaramuka khas Huawei. Ia turut dikatakan akan menyertakan bateri berkapasiti 2200mAh padanya.

Keluarga Ascend P daripada Huawei ini membawakan rekabentuk yang nipis dan kelihatan agak menarik berbanding pelbagai peranti-peranti lain. Daripada apa yang diperlihatkan, ia menunjukkan kerangka luar bahagian belakang untuk Ascend P2 bakal membawakan rekabentuk yang sekata berbeza dengan Ascend P2 yang mempunyai bahagian bawah dan kamera yang sedikit tertimbul.

Huawei Ascend P2

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada pihak Huawei kelak tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd