Xbox Generasi Baru Akan Memerlukan Sambungan Internet Sepanjang Masa?

Xbox Generasi Baru Akan Memerlukan Sambungan Internet Sepanjang Masa?

Diterbitkan pada Feb 7, 2013 oleh .

Tiada lagi game secondhand?Dengan Sony yang dilaporkan bakal memperkenalkan konsol mereka dalam masa beberapa minggu lagi, kini, beberapa info berkenaan Xbox generasi baru daripada Microsoft turut sama kedengaran.

Daripada apa yang dilaporkan hari ini, ia dikatakan Xbox generasi baru kelak akan memerlukan sambungan internet sepanjang masa, disamping pada masa yang sama dikatakan Microsoft akan menghalang sesuatu permainan yang telah dibeli tidak dapat dijual kembali.

Pada hari ini, ramai pemain yang menyewa malah ada yang membeli dan menjualnya kembali kepada mereka yang lain sebaik sahaja selesai memainkannya. Sekiranya perkara tersebut dihalang, berkemungkinan ia akan menerima pelbagai reaksi berbeza daripada para gamers seluruh dunia.

Selain daripada itu, Edge juga berkongsi mengatakan Xbox generasi baru akan dijana menggunakan cip pemprosesan AMD, serta menyokong Blu-ray padanya.


TIPS & ULASAN