LG Bakal Memperlihatkan Siri Telefon Pintar Baru Pada MWC 2013

LG Bakal Memperlihatkan Siri Telefon Pintar Baru Pada MWC 2013

Diterbitkan pada Feb 7, 2013 oleh .

LG MobilePada Mobile World Congress, selain daripada Samsung, Huawei dan pelbagai nama besar yang lain, turut dinantikan adalah peranti daripada LG. Hari ini, LG Electronics telah pun menerbitkan video promosi pertama, sekaligus menandakan mereka akan memperlihatkan sesuatu yang menarik pada acara berkenaan.

Daripada video yang dipertontonkan, tiada sebarang gambar peranti dan sebagainya diperlihatkan. Namun, kelihatan LG memfokuskan kepada beberapa perkara, termasuk rekabentuk yang premium dan bergaya, disamping membawakan peranti yang berfungsi dengan laju, dan pada masa yang sama menekankan perkataan “kreatif”.

Mengikut beberapa laporan sebelum ini, ia dilaporkan LG bakal memperkenalkan siri telefon pintar baru, dinamakan sebagai siri-L, yang mana akan mengantikan siri Optimus G sebelum ini.

Jadi, sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan oleh LG pada MWC 2013 penghujung bulan ini kelak.


TIPS & ULASAN