Cari @ Amanz

Zynga sebelum ini telah mematikan beberapa permainan sosial mereka yang kurang menerima sambutan, dan kini, mereka berkongsi beberapa perancangan mereka untuk tahun ini dalam arena permainan sosial.

Pada tahun ini, selain daripada menambah tawaran permainan mereka, dan menambah-baik rangkaian sosial komuniti mereka, perancangan lain adalah dalam membawa beberapa permainan mereka ke peranti mudah-alih.

Salah satu permainan yang bakal hadir ke peranti mudah-alih adalah permainan popular di platform Facebook mereka, iaitu Farmville 2. Seperti sedia maklum, Farmville 2 membolehkan para pengguna untuk bercucuk tanam secara maya, disamping pada masa yang sama bekerjasama dengan rakan-rakan lain melalui integrasi komuniti sosial.

FarmVille 2

Selain Farmville 2, Zynga juga mengatakan akan membawakan beberapa permainan lain ke peranti mudah-alih sepanjang tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd