LibreOffice 4.0 Sedia Untuk Dimuat-Turun Oleh Semua

Diterbitkan pada Feb 7, 2013. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

LibreOffice 4.0Jikalau pada minggu lepas Microsoft melancarkan Office 2013 secara rasminya, dan hari ini pula, The Document Foundation secara rasminya mengumumkan LibreOffice 4.0 yang sedia dimuat-turun oleh para pengguna Linux, Windows dan Mac OS X.

LibreOffice merupakan salah satu perisian pejabat yang terdiri daripada untuk teks, spreadsheet, dan pelbagai yang lain lagi dengan sokongan terbina untuk pelbagai format dokumen popular.

Melalui LibreOffice 4.0, ia menyertakan integrasi dengan beberapa perkhidmatan sistem pengurusan dokumen seperti Sharepoint 2010, Nuxeo, IBM FileNet P8 dan sebagainya. Pada masa yang sama, sokongan DOCX dan RTF juga ditambah baik, disamping membolehkan pengguna mengimport dokumen Microsoft Publisher padanya.

Beberapa kemaskini kecil dari segi antaramuka turut sama disertakan, disamping menyertakan integrasi Unity dan sokongan untuk tema Firefox (Personas), sekaligus membolehkan pengguna mengubah antaramuka mengikut kegemaran mereka.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun LibreOffice 4.0 hari ini dan menggunakannya dalam pengurusan dokumen anda.

Muat-Turun LibreOffice 4.0

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami