findMasjid Ingin Memudahkan Pengguna Mengetahui Lokasi Masjid Berdekatan

findMasjid Ingin Memudahkan Pengguna Mengetahui Lokasi Masjid Berdekatan

Diterbitkan pada Feb 8, 2013 oleh .

Terdapat beberapa perkhidmatan dan aplikasi mudah-alih yang menawarkan kemudahan pencarian masjid terdekat, dan kini, salah satu yang baru adalah aplikasi findMasjid daripada pembangun tempatan.

findMasjid, seperti pada namanya, membolehkan pengguna membuat carian masjid berdekatan dengan mereka menggunakan peranti mudah-alih, dan seterusnya melihat informasi berkaitan dengannya, termasuk komen pengguna dan juga gambar-gambar berkaitan dengannya. Dan untuk memudahkan pengguna ke Masjid berkenaan, sokongan terbina peta menggunakan Google Maps membolehkan pengguna menetapkan arah perjalanan dan terus ke sesuatu masjid berdekatan.

Buat masa ini, findMasjid hanya ditawarkan dalam bentuk APK untuk pengguna Android. Memandangkan ia masih pada peringkat ujian, maka data yang terdapat padanya masih sedikit. Memandangkan ia merupakan aplikasi bercirikan komuniti, maka pengguna turut sama boleh menambah senarai lokasi dan info masjid menggunakan aplikasi tersebut.

Sekiranya anda merupakan pengguna Android, mungkin boleh mendapatkan fail APK untuknya, dan menggunakannya pada peranti anda.

Muat-Turun fail APK Beta untuk findMasjid


TIPS & ULASAN