Aplikasi Pengurusan Emel Untuk iOS – Mailbox Kini Di AppStore

Aplikasi Pengurusan Emel Untuk iOS – Mailbox Kini Di AppStore

Diterbitkan pada Feb 8, 2013 oleh .

Untuk pengguna platform iOS, terdapat beberapa aplikasi pengurusan emel yang menarik dan amat berguna, seperti Sparrow yang telah diambil-alih oleh Google, dan terkini aplikasi Mailbox.

Mailbox merupakan salah satu aplikasi percuma dengan rekabentuk yang mudah dikendalikan, disamping menggunakan sokongan gesture untuk menguruskan emel pada peranti iOS anda. Aplikasi ini menyokong GMail sahaja buat masa ini, dan akan diperluaskan tidak lama lagi.

Bagi kami, salah satu perkara yang menarik adalah kemudahan untuk menandakan sesuatu emel telah dibaca ataupun untuk memadam sesuatu emel, dimana hanya perlu swipe ke kanan. Perkara lebih kurang sama juga untuk arkibkan emel dan sebagainya.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Mailbox hari ini terus daripada AppStore, namun memandangkan ia menggunakan sokongan perkomputeran awan dan sebagainya, pengguna perlu menunggu beberapa ketika sebelum dapat menggunakannya.

Muat-Turun Aplikasi Mailbox untuk iOS


TIPS & ULASAN