Cari @ Amanz

Pada CES 2013 yang lepas, Sony Mobile telah memperkenalkan peranti Xperia Z yang menerima pelbagai reaksi positif. Hari ini, Sony Malaysia secara rasminya berkongsi berkenaan dengan pelancaran peranti tersebut yang akan diadakan pada 6 Mac 2013 di Malaysia.

Pelancaran Xperia Z - Malaysia

Sony Xperia Z membawakan cip pemprosesan 1.5GHz empat-teras Qualcomm dan Adreno 320, dilengkapi kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 2-megapixel, memori sebanyak 2GB RAM, dan didatangkan bersama-sama skrin bersaiz 5-inci dengan paparan HD penuh.

Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini. Kami akan membawakan kemaskini langsung daripada pelancarannya pada 6 Mac 2013 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd