Cari @ Amanz

Pihak Evad3rs telah melancarkan jailbreak untuk peranti-peranti yang menjalankan iOS 6.x pada hari Selasa yang lepas, dan kini melalui laporan yang dikeluarkan oleh Cydia, lebih 7 juta peranti telah di jailbreak sejak daripadanya.

Ia sekaligus menjadikan Evasi0n jailbreak yang popular sehingga ke hari ini, serta pada masa yang sama memperlihatkan ramai pengguna iOS yang lebih berminat untuk melakukan jailbreak ke atas peranti mereka.

Melalui proses jailbreak ia membuka peluang untuk para pengguna peranti iOS untuk mengubah dan menambah beberapa fungsi menarik pada peranti mereka, sekaligus menjadikan ia jauh berbeza dengan fungsi iOS yang didatangkan terbina padanya.

Jadi, adakah anda antara yang jailbreak peranti iOS 6 anda? Apakah aplikasi menarik yang dipasang anda daripada Cydia pada peranti iOS anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd