HTC M7 Akan Dikenali Sebagai HTC One Ketika Pelancarannya Kelak

HTC M7 Akan Dikenali Sebagai HTC One Ketika Pelancarannya Kelak

Diterbitkan pada Feb 9, 2013 oleh .

Sejak daripada tahun lepas, ramai sedia maklum akan peranti baru daripada HTC yang dikenali dengan nama kod “M7”. Walaupun CEO HTC sendiri melaungkannya secara terbuka, namun, ia dilaporkan nama akhir peranti tersebut akan dikenali sebagai HTC One.

Sekiranya ia benar, maka HTC akan mengekalkan nama keluarga One yang diperkenalkan pada tahun lepas, sekaligus memudahkan pengguna untuk mengenali peranti utama dan berspesifikasi tinggi daripada pihak HTC.

HTC bakal memperkenalkan peranti mereka secara rasminya pada 19 Februari ini, dimana mengikut pelbagai laporan sebelum ini, ia dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 4.7-inci (1080p), dan dilengkapi dengan kamera yang mampu merakamkan gambar yang amat cantik.

Sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya pada 19 Februari ini.


TIPS & ULASAN