Cari @ Amanz

Facebook hari ini sedia memudahkan pengguna melayari laman sosial tersebut dengan rekabentuk antaramuka yang ringkas. Namun, sekiranya anda inginkan sesuatu yang berbeza, salah satu aplikasi tambahan untuk pelayar web yang kelihatan agak menarik adalah NewGenBook.

NewGenBook - Facebook

Daripada paparan NewGenBook, ia menyerupai paparan pada tablet, dan memudahkan pengguna untuk mengakses menu dan sebagainya yang tersusun pada bahagian kiri.

Namun, NewGenBook ini masih belum selesai dibangunkan sepenuhnya buat masa ini, dan terdapat beberapa bahagian yang kelihatan agak janggal dengan menggunakannya.

Apa pun, sekiranya anda ingin mencubanya, mungkin boleh memuat-turun extension dan add-on yang disediakan untuk pelayar web utama, dan mencubanya sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd