Nokia Malaysia Mula Menjual Pengecas Tanpa Wayar Untuk Lumia 920

Nokia Malaysia Mula Menjual Pengecas Tanpa Wayar Untuk Lumia 920

Diterbitkan pada Feb 9, 2013 oleh .

Fatboy = RM309, Charging Station = RM319Setelah Nokia Lumia 920 dilancarkan sebelum ini, hari ini, pengecas tanpa wayar mula dijual dibeberapa Nokia Store terpilih di Lembah Klang. Dengan adanya pengecas tanpa wayar ini, ia memudahkan pengguna untuk mengecas peranti Lumia 920 mereka dengan lebih mudah lagi, tanpa perlu menyambungkan palang pengecas ke peranti seperti sebelum-sebelum ini.

Daripada semakan kami di Nokia Store Gardens, dua pilihan disediakan, iaitu Fatboy Charging Pillow pada harga RM309, manakalah Wireless Charging Station pada harga RM319. Pertanyaan kami di Nokia KLCC mengatakan mereka masih belum menerimanya lagi walaupun mengikut Nokia Malaysia, ia telah tersedia di Nokia KLCC, Nokia Sunway, Nokia Gardens, dan juga Nokia Lowyat.

Kami dimaklumkan, kedua-dua aksesori tambahan untuk Nokia Lumia 920 ini adalah terhad buat masa ini, dan mungkin lebih banyak stok akan ditambah pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN