Perkhidmatan Mega Kini Mempunyai Add-On Firefox Untuk Memudahkan Proses Muat-Turun

Perkhidmatan Mega Kini Mempunyai Add-On Firefox Untuk Memudahkan Proses Muat-Turun

Diterbitkan pada Feb 10, 2013 oleh .

Kim Dotcom sebelum ini telah pun melancarkan perkhidmatan storan awan mereka, dinamakan sebagai Mega, dan kini sebuah add-on khas untuk pengguna Firefox turut disediakan untuk memudahkan proses memuat-turun fail daripadanya.

Untuk memasangnya, pengguna hanya perlu melayari laman Mega menggunakan pelayar web Firefox, dan sebuah kotak dialog akan hadir meminta pengguna memasangnya.

Mega - Firefox Addon

Dengan memasangnya, pengguna dijanjikan dengan prestasi muat-turun yang lebih baik, disamping boleh memuat-turun lebih daripada satu fail pada sesuatu masa tanpa sebarang had saiz.

Pada masa yang sama, Mega juga turut mempromosikan pelayar web Chrome sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan mereka tanpa sebarang add-on dan sebagainya.

Selain daripada add-on untuk Firefox, Kim Dotcom melalui akaun Twitter beliau turut menjanjikan aplikasi sync untuk Mega yang berlesenkan sumber terbuka akan hadir pada minggu hadapan.


TIPS & ULASAN