Fedora Activity Day KL 2013 Bakal Diadakan Pada 23 Februari Ini

Fedora Activity Day KL 2013 Bakal Diadakan Pada 23 Februari Ini

Diterbitkan pada Feb 10, 2013 oleh .

Terdapat beberapa komuniti Linux di Malaysia, dan salah satu yang aktif adalah kumpulan pengguna Fedora. Terkini, pada bulan ini, mereka bakal menganjutkan Fedora Activity Day KL 2013, yang memfokuskan kepada topik OpenShift.

Melalui acara sehari ini, yang bakal diadakan pada 23 Februari ini, mereka bakal memfokuskan kepada beberapa perkara berkaitan perkomputeran awan dan juga sistem operasi Fedora itu sendiri.

Untuk makluman, OpenShift merupakan platform perkomputeran awam daripada Red Hat, dimana para pembangun aplikasi boleh membangunkan menguji dan menjalankan aplikasi mereka terus daripadanya.

Bagi mereka yang ingin berkongsi beberapa perkara, mereka juga boleh mendaftarkan topik mereka, dan berkongsi dengan komuniti pada hari tersebut.

Mereka yang berminat, boleh mendaftarkan diri untuk Fedora Activty Day Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 23 Februari 2013 ini. Jumpa disana.


TIPS & ULASAN