Carian
Microsoft Dalam Usaha Awal Untuk Menyatukan Windows Phone dan Windows 8
February 10, 2013 Aman

Menyatukan sistem operasi mudah-alih dan juga desktop merupakan salah satu perkara yang diperkatakan ramai sejak tahun lepas, dan kini, melalui iklan pencarian pekerja baru, Microsoft memperlihatkan mereka dalam usaha untuk melaksanakannya tidak lama lagi.

Daripada iklan Microsoft (yang kini telah dibuang), mereka mencari jurutera untuk membolehkan aplikasi di Windows Store untuk berjalan di Windows Phone, dan juga sebaliknya.

Sekiranya perkara ini diperkenalkan, maka ia akan sekaligus memudahkan pembangun untuk membangunkan aplikasi mereka hanya untuk satu platform, dan digunakan pada komputer, tablet mahupun telefon pintar Windows dengan mudah.

Sebelum ini, ia diperkatakan Windows Blue akan membawa fungsi awal untuk integrasi ini, dan dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini.

Memandangkan perkara ini masih di peringkat awal, maka informasi berkaitan dengannya masih terhad dan tidak diketahui sepenuhnya. Tetapi, semestinya sokongan ini dinantikan oleh ramai pengguna Windows Phone dan juga Windows 8 seluruh dunia.

Komen