Cari @ Amanz

Google CNYGoogle sentiasa hadir dengan pelbagai doodle yang menarik bersempena dengan musim perayaan, dan hari ini, bersempena dengan Tahun Baru Cina, Google menyediakan permainan ular ringkas berasaskan HTML5.

Daripadanya, pengguna hanya perlu menggunakan papan kekunci dalam mengawal ular ke kiri, kanan, atas dan bawah, dalam usaha untuk mengambil seberapa banyak makanan dan mengelak daripada letupan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Bagi anda yang mempunyai masa terluang, mungkin boleh memainkannya, dan berkongsi terus mata yang dikumpulkan anda bersama-sama rakan yang lain di Google+.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd