Cari @ Amanz

Plus Expressway HDTerdapat beberapa aplikasi yang menawarkan informasi semasa berkaitan lebuhraya PLUS, dan kini, salah satu aplikasi terbaru daripada Aviven adalah PLUS Expressways HD khas untuk pengguna iOS.

Aplikasi PLUS Expressways HD ini dioptimasikan untuk para pengguna iPad, membolehkan pengguna mengetahui apakah kemudahan yang terdapat di sesuatu perhentian R&R, berapakah kos perjalanan, mengetahui keadaan trafik semasa, dan mengikuti pelbagai perkembangan melalui tab khas untuk kemaskini Twitter padanya.

Buat masa ini, aplikasi ini ditawarkan secara percuma, dan bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turunnya terus daripada AppStore hari ini.

TERIMA KASIH KHAIRIL

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd