Sejak diperkenalkan Ubuntu Phone OS, satu demi satu fungsi daripadanya mula diperkenalkan pada platform Android, dimana selepas LiveWallpaper sebelum ini, kini sokongan sidebar seumpama Ubuntu Phone OS pula hadir ke Android.
Menggunakan aplikasi ini, pengguna disediakan dengan beberapa tema, dan pengguna boleh memilih aplikasi apakah yang ingin dipaparkan pada bahagian sidebar apabila di swipe oleh jari dari bahagian kiri. Pengguna juga boleh menyusun semula aplikasi mengikut kedudukan, disamping memilih tema dan sebagainya.
Daripada penggunaan kami, ia berfungsi dengan lancar tanpa sebarang lengah masa dan sebagainya. Pengguna juga dipaparkan dengan nama aplikasi apabila hover ke atas ikon tersebut.
Bagi mereka yang ingin mencubanya, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.
- Muat-Turun Ubuntu Phone Experience Untuk Android