Kim Dotcom Memperlihatkan Antaramuka MegaBox – Bakal Menyertakan Integrasi Feed Laman Sosial

Kim Dotcom Memperlihatkan Antaramuka MegaBox – Bakal Menyertakan Integrasi Feed Laman Sosial

Diterbitkan pada Feb 10, 2013 oleh .

Dengan pelancaran perkhidmatan storan awan, Mega pada bulan lepas, kini nampaknya Kim Dotcom telah pun mula dalam persediaan untuk melancarkan perkhidmatan yang seterusnya, iaitu MegaBox.

Megabox

Melalui akaun Twitter, hari ini Kim Dotcom berkongsi dua gambar paparan antaramuka untuk MegaBox, dimana satunya adalah gambar halaman utama, dan satu lagi adalah gambar untuk halaman feed, sekaligus memperlihatkan MegaBox akan menyertakan ruangan kemaskini dari pelbagai laman sosial, dan pengguna boleh mengikuti perkembangan semasa artis kegemaran mereka dengan mudah.

MegaBox bukanlah sesuatu yang baru, dimana sebelum ini Kim Dotcom pernah berkongsi sebuah video promosi berkenaan dengannya.

MegaBox

Daripada apa yang kedengaran, ia diperkatakan akan memfokuskan kepada para pengiat dan pengemar muzik, membolehkan lagu dikongsi melaluinya, disamping pada masa yang sama memudahkan penyanyi menjana wang daripadanya.

Fungsi penuh yang akan dibawakan masih belum diketahui sepenuhnya. Namun daripada gambar halaman utama yang diperlihatkan, ia menunjukkan pengguna turut sama boleh memuat-naik lagu tanpa had ke perkhidmatan tersebut.

Buat masa ini, Kim Dotcom masih belum berkongsi berkenaan bilakah ia akan dilancarkan.


TIPS & ULASAN