Cari @ Amanz

Terdapat beberapa aplikasi yang memfokuskan kepada Tahun Baru Cina, dan salah satu daripada pembangun tempatan yang baru dilancarkan hari ini adalah aplikasi The Fortune Snap untuk pengguna iOS.

Fortune Snap untuk iOS

The Fortune Snap merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh The One Academy Penang, dimana membolehkan pengguna untuk merakamkan gambar dan menghiasnya dengan gambar latar yang menarik, selain membolehkan pengguna menambah ucapan dan sebagainya sebelum berkongsi melalui Facebook, Twitter mahupun emel.

Aplikasi ini ditawarkan secara percuma untuk semua pengguna iOS, dan sedia dimuat-turun daripada AppStore hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd