Carian
Steve Jobs Pernah Inginkan Apple Membuat Kereta
February 11, 2013 Aman

Steve JobsSelain daripada berkenaan dengan iWatch dan Tim Cook yang tidak pernah ingin menyaman Samsung, mengikut laporan daripada NYT juga, ia kelihatan, sebelum meninggal dunia, Steve Jobs pernah inginkan Apple untuk membuat kereta tersendiri dan bersaing dengan pengeluar kereta yang lain.

Ia tidak diketahui sama ada perancagan tersebut masih kekal ataupun tidak, dan sama ada Apple akan hadir dengan kereta mereka tersendiri ataupun sebaliknya.

Seperti semua sedia maklum, kereta elektrik pada hari ini bukanlah sesuatu yang baru, malah terdapat ramai pengeluar yang membuatnya. Dan syarikat teknologi seperti Google turut sama tidak ketinggalan, dimana mereka telah pun mendemonstrasikan kereta yang dipandu secara automatik sebelum ini.

Jadi, mungkinkah pada masa akan datang, kita akan melihat Apple membuat kereta mereka tersendiri?

Komen