Terdapat beberapa perisian pejabat untuk platform Linux, dan salah satu yang terkini dilancarkan selain daripada LibreOffice 4.0 adalah Calligra Office 2.6 yang menyertakan beberapa aplikasi padanya.
Seperti biasa, Calligra Offic menyertakan beberapa aplikasi produktiviti, termasuk Words, Sheets (spreadsheet), Stage (presentation), Flow (untuk lukis diagram), Plan (untuk pengurusan projek), dan juga Kexi (pembina database visual).
Dan bagi mereka yang gemar membuat buku digital atau ebook, salah satu aplikasi yang baru dan berguna turut disertakan pada Calligra, dinamakan sebagai Calligra Author, memudahkan pengguna untuk memudahkan proses membuat buku digital, daripada konsep sehingga ia diterbitkan.
Untuk pengguna Linux yang berminat, boleh memuat-turunnya, sementara untuk pengguna Windows, mungkin ia akan dilancarkan melalui KO GmbH tidak lama lagi.