Cari @ Amanz

Bersempena dengan Tahun Baru Cina, pembangun permainan popular Cut The Rope tidak ketinggalan untuk hadir dengan beberapa tahap permainan khas untuknya, dengan memperkenalkan kemaskini dinamakan sebagai Lantern Box.

Cut The Rope : Lantern Box

Seperti biasa, ia menyertakan elemen fizik pada permainan, memerlukan para pemain memotong beberapa perkara dalam memastikan watak permainan tersebut dapat makanannya. Melalui kemaskini Lantern Box ini, ia menyertakan 25 tahap permainan baru, termasuk elemen baru yang merupakan kertas lantern yang terapung.

Seperti biasa, untuk pengguna Android, mereka boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Google Play Store, manakala pengguna iOS boleh mendapatkannya pada harga $0.99 untuk iPhone dan juga iPod Touch.


© 2024 Amanz Media Sdn Bhd