Carian
Sunlight Taxi Melancarkan Aplikasi Android Dan iOS Untuk Memudahkan Tempahan Teksi
February 11, 2013 Aman

Aplikasi Sunlight UnicablinkAplikasi tempahan teksi bukanlah sesuatu yang baru untuk pengguna tempatan, dimana terdapat beberapa sebelum ini, seperti TaxiMonger dan juga MyTeksi. Namun, kedua-duanya hanyalah perkhidmatan daripada pihak ketiga. Kini Sunlight Taxi, yang mana merupakan antara penyedia dan operator teksi terkemuka di Malaysia, turut sama melancarkan aplikasi rasmi mereka.

Menggunakan aplikasi mereka, seperti semua sedia maklum, membolehkan para pengguna membuat tempahan teksi terus menggunakan peranti mudah-alih mereka, termasuk menetapkan lokasi yang dituju, dimana perlu dijemput dan sebagainya.

Buat masa ini, perkhidmatan ini hanya meliputi sekitar Kuala Lumpur, sebahagian besar Selangor, dan beberapa lokasi percutian popular dikalangan pengunjung.

Memandangkan ianya merupakan aplikasi rasmi yang disokong pihak Sunlight Taxi sendiri, maka semestinya peluang untuk memperluaskan penggunaan lebih baik berbanding startup lain dengan fungsi yang sama.

Buat masa ini, ia baru sahaja dilancarkan sekitar seminggu yang lepas, dan kami masih tidak pasti berkenaan dengan penerimaannya dikalangan pengguna.

Dan sekiranya mereka dapat terus mengintegrasikan pengiraan tambang dan membolehkan bil dihantar terus ke aplikasi untuk rujukan Sunlight, penumpang dan juga pemandu teksi, semestinya ia akan mendapat reaksi positif, dan mengurangkan penipuan tambang yang sering berlaku pada masa kini.


Komen