Gambar HTC One (HTC M7) Tertiris Ke Web Sekali Lagi

Gambar HTC One (HTC M7) Tertiris Ke Web Sekali Lagi

Diterbitkan pada Feb 11, 2013 oleh .

HTC One 2013HTC pada minggu hadapan bakal memperkenalkan peranti terbaru mereka, yang mana dikatakan akan dikenali sebagai HTC One, ataupun nama kodnya sebagai “M7”. HTC sendiri menjanjikan beberapa perkara baru padanya, termasuk sokongan kamera yang lebih baik pada peranti tersebut.

Gambar HTC One telah pun tertiris beberapa kali sebelum ini, dan kini, @evleaks yang terkenal dengan mengeluarkan gambar peranti jauh sebelum ia dilancarkan, turut sama telah mengeluarkan gambar HTC One melalui tweet terkini mereka.

Daripada apa yang diketahui mengikut pelbagai desas-desus dan laporan sebelum ini, ia dikatakan HTC One akan membawakan skrin bersaiz 4.7-inci dengan paparan 1080p, cip pemprosesan empat-teras, serta kamera dengan kemampuan merakam video HD.

HTC bakal memperkenalkan peranti ini secara rasmi pada 19 Februari kelak, dan mungkin lebih banyak informasi termasuk spesifikasi berkaitan dengannya akan diketahui pada tarikh tersebut.

Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN