Xbox Akan Datang Bakal Boleh Menjalankan Lebih Daripada Satu Permainan Pada Masa Yang Sama?

Xbox Akan Datang Bakal Boleh Menjalankan Lebih Daripada Satu Permainan Pada Masa Yang Sama?

Diterbitkan pada Feb 12, 2013 oleh .

Pada tahun ini, ramai yang menantikan kemaskini konsol generasi baru daripada Sony dan juga Microsoft. Walaupun pihak Sony telah menghantar jemputan menandakan sesuatu yang baru daripada PlayStation pada bulan ini, namun Microsoft masih senyap berkenaan dengan perancangan mereka.

Daripada laporan terkini, ia dikatakan Xbox generasi baru kelak akan didatangkan bersama-sama dengan Kinect versi baru yang boleh mengesan lebih banyak gerakan dan sebagainya.

Selain daripada itu, konsol terbaru daripada Microsoft ini juga dikatakan kelak akan menyertakan sokongan multitasking, membolehkan pengguna menjalankan lebih daripada satu permainan pada sesuatu masa yang sama.

Seperti biasa, Microsoft masih tidak mengeluarkan komen rasmi mereka berkenaan dengan konsol Xbox generasi baru daripada mereka.


TIPS & ULASAN