LG Memperkenalkan Keluarga Peranti Siri-L II – Mengumumkan Tiga Peranti Baru

LG Memperkenalkan Keluarga Peranti Siri-L II – Mengumumkan Tiga Peranti Baru

Diterbitkan pada Feb 12, 2013 oleh .

Dengan Mobile World Congress 2013 bakal diadakan dalam tempoh lebih kurang dua minggu lagi, LG menjadi antara yang terawal hari ini dengan memperkenalkan peranti keluarga siri-L mereka secara rasminya.

LG Optimus L 2

Desas-desus mengenai siri-L II daripada LG telah pun kedengaran sejak beberapa bulan lepas, dan hari ini, melalui pengumuman rasmi hari ini, LG memperkenalkan tiga peranti baru, dimana ketiga-tiganya merupakan peranti yang membawakan sokongan dwi-SIM padanya. LG siri-L sebelum ini sendiri telah mendapat permintaan yang positif daripada pengguna, dan dengan generasi keduanya hari ini, ia dengan rekabentuk baru dijangka terus akan menerima permintaan ramai pengguna seluruh dunia.

Peranti utama yang diperkenalkan hari ini dan bakal memasuki pasaran tidak lama lagi adalah LG Optimus L7II yang membawakan cip pemprosesan 1GHz dwi-teras, memori sebanyak 768MB RAM, ruangan storan sehingga 4GB dengan sokongan mikro-SD, skrin bersaiz 4.3-inci WVGA IPS, kamera belakang 8-megapixel, bateri berkapasiti 2460mAh dan dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean.

LG Optimus L3II pula membawakan skrin bersaiz 3.2-inci QVGA IPS dengan bateri berkapasiti 1540mAh, manakala LG Optimus L5II pula membawakan skrin sebesar 4.0-inci WVGA dengan bateri berkapasiti 1700mAh. Kedua-dua peranti ini akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Berkenaan dengan harga jualannya dan bilakah ia akan memasuki pasaran tempatan, masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.


TIPS & ULASAN