Nokia hari ini menambah tawaran peranti dibawah keluarga Asha, iaitu Asha 310 yang mana menjadi peranti pertama Asha yang menyokong dwi-SIM dan juga sokongan WiFi padanya.
Dari segi spesifikasi, ia membawakan skrin bersaiz 3-inci, kamera 2-megapixel, ruangan storan 4GB, serta masa bertahan bateri sehingga 25 hari.
Seperti semua sedia maklum, peranti ini disasarkan untuk pengguna-pengguna di negara membangun, membolehkan mereka menikmati akses internet sama ada melalui WiFi ataupun rangkaian mudah-alih mereka.
Pada masa yang sama, ia turut disertakan dengan pelbagai aplikasi sosial, pelayar Nokia Xpress Browser, dan juga lebih 40 permainan percuma daripada EA. Untuk sokongan navigasi dan peta, Nokia Maps turut disertakan yang turut didatangkan dengan sokongan offline.
Peranti ini dijangka akan ditawarkan pada suku pertama 2013 di Asia.