Facebook merupakan laman sosial terkemuka yang digunakan ramai di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja, ia digunakan lebih 13 juta pengguna dalam berkongsi pelbagai perkara, daripada gambar, teks, video dan sebagainya.
Seperti semua sedia maklum, pada awalnya, Facebook meningkat popular dengan permainan sosial padanya, yang memberikan kesan positif kepada beberapa syarikat lain, termasuk Zynga. Selain daripada permainan, kini, selepas pengenalan Open Graph dan juga butang Like untuk web, perkongsian artikel web juga semakin meluas, membolehkan pengguna berkongsi berita, dengan lebih mudah berbanding yang lain.
Perkongsian sosial memberikan kesan yang positif ke atas sesuatu web, memandangkan artikel yang dikongsikan ke Facebook turut sama dikongsikan kepada rakan-rakan terdekat anda, yang mana turut mungkin mempunyai minat sama, atau ingin mengetahui apakah yang sedang berlaku di sekitar anda.
Beberapa perkhidmatan juga turut menawarkan sokongan perkongsian sosial, seperti Spotify dan lain-lain, walaupun ianya masih terhad kepada beberapa buah negara sahaja.
Bercakap mengenai apakah yang mungkin popular tidak lama lagi, Dan Rose daripada Facebook berkongsi mengatakan perkongsian sosial mengenai buku dan juga filem mungkin akan lebih popular tidak lama lagi.
Seperti sedia maklum, aktiviti menonton filem dan juga membaca buku mengambil masa yang agak lama, dan semestinya sekiranya ia turut dikongsikan oleh rakan-rakan anda, mungkin anda boleh berbincang mengenai kandungannya, ataupun mengetahui apakah buku-buku menarik yang boleh turut sama dibaca oleh anda.
Buat masa ini, kedua-dua aktiviti ini masih belum digunakan secara meluas oleh pengguna di Facebook, dan mungkin tidak lama lagi ia akan turut sama popular, sekaligus membawakan perkongsian sosial kepada setahap lebih kehadapan lagi.