Google Mungkin Membayar Apple $1 Bilion Pada 2014 Untuk Menjadi Enjin Carian Utama Pada iOS

Google Mungkin Membayar Apple $1 Bilion Pada 2014 Untuk Menjadi Enjin Carian Utama Pada iOS

Diterbitkan pada Feb 13, 2013 oleh .

Steve vs EricWalaupun Apple cuba mengurangkan perkhidmatan Google pada iOS, namun, dalam memberikan pengalaman carian yang baik, semestinya tidak boleh mengalahkan Google, apatah lagi ia merupakan enjin carian terkemuka dan paling ramai digunakan.

Seperti semua sedia maklum, Google membayar beberapa perkhidmatan untuk menjadi enjin carian utama, sekaligus membuatkan pengguna mereka menggunakan Google dengan meluas. Mozilla dan juga Apple, masing-masing melalui Firefox dan juga iOS adalah rakan kerjasama Google untuknya.

Mengikut penganalisa bebas, mereka menganggarkan yang mana pada tahun 2014 kelak, dengan angka pengguna iOS meningkat, Google mungkin membayar sehingga $1 bilion untuk kekal sebagai enjin carian utama padanya.

Analsia dan Anggaran - Carian Google

Semestinya ini hanya sekadar anggaran awal, dan bergantung kepada penjualan peranti iOS seluruh dunia, memandangkan ia sering dikira mengikut angka jualan peranti dan yang digunakan pengguna.

Selain daripada Apple, Mozilla dikatakan mungkin menerima sehingga $400 juta untuk Google kekal sebagai enjin carian utama pada pelayar webnya. Google merupakan antara penyumbang utama untuk Mozilla, dan mungkin ia akan terus kekal untuk tahun-tahun akan datang.

Pada masa yang sama, selain daripada Google, Microsoft juga kini kelihatan kerap bersaing dari segi penyediaan enjin carian. Buat masa ini, segala peranti Windows Phone menggunakan Bing sebagai enjin carian utama, disamping, BlackBerry juga yang menggunakannya.


TIPS & ULASAN