Cari @ Amanz

Opera SoftwareUra-ura dan desas-desus berkenaan Opera bakal diambil-alih telah kedengaran pada tahun lepas, dimana dikatakan Facebook merupakan salah seorang pihak yang berminat untuknya.

Namun, pada ketika itu, pengasas Opera mengatakan mereka lebih berminat untuk pembangunan masa panjang untuk perisian mereka, terutamanya pelayar web mudah-alih yang digunakan ramai.

Kini, ia dilaporkan pengasasnya telah mengurangkan pegangan saham pada syarikat tersebut, sekaligus membuka peluang untuk syarikat tersebut diambil-alih oleh yang lain.

Namun, buat masa ini, masih tiada sebarang laporan berkenaan tawaran yang telah diterima mereka, ataupun adakah pihak-pihak yang berminat mendapatkannya.

Opera walaupun kurang popular dikalangan pengguna desktop, namun mempunyai permintaan dan penggunaan yang tinggi dikalangan pengguna peranti mudah-alih. Opera sendiri telah menjalin kerjasama dengan pelbagai syarikat telekomunikasi diseluruh dunia dalam menawarkan pelayar web mudah-alih mereka secara percuma, termasuk syarikat telekomunikasi di Malaysia.

Ramai pengguna peranti mudah-alih mengemari pelayar web Opera memandangkan penggunaan data yang rendah, dan sekaligus mengurangkan kos yang ditanggung oleh mereka.

Sebelum ini, Facebook dengan fokus mereka ke arena mudah-alih dikatakan sedang dalam perbincangan untuk mengambil-alih Opera, dan tiada sebarang berita selepas itu kedengaran sehingga hari ini.

Jadi, dengan pengurangan pegangan saham oleh pengasasnya, adakah kelak Opera akan diambil-alih oleh syarikat lain?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd