Carian
Adakah Nokia Bakal Memperkenalkan Tablet Mereka Pada MWC 2013 Ini?
February 13, 2013 Aman

Tablet daripada Nokia merupakan salah satu peranti yang dinantikan ramai, apatah lagi dengan kerjasama rapat mereka dengan pihak Microsoft. Menariknya, pada sebuah acara media di Pakistan, sebuah gambar tablet diperlihatkan bersebelahan dengan Lumia 620 dan juga desktop, sekaligus membuatkan ramai hadir dengan spekulasi mengatakan Nokia mungkin memperkenalkannya seawal Mobile World Congress 2013 pada penghujung bulan ini.

Lumia Tablet?

Daripada gambar yang diperlihatkan, ia menunjukkan elemen rekabentuk yang menyerupai peranti Lumia daripada Nokia, disamping dispekulasikan bersaiz 7-inci.

Sekiranya benar ia bersaiz 7-inci, maka berkemungkinan pihak Nokia dapat bersaing dengan mengeluarkan tablet bersaiz kecil dengan menggunakan Windows RT atau Windows 8.

Semestinya sekiranya Nokia dapat hadir dengan tablet yang menarik pada harga yang kompetitif, ia akan menguntungkan para pengguna, disamping meningkatkan pendapatan Nokia secara langsung.

Namun, segalanya hanya spekulasi sahaja buat masa ini, dan semestinya kita akan mendapat jawapan daripada pihak Nokia pada MWC kelak. Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal diumumkan oleh Nokia dalam masa dua minggu lagi.

Komen