Lebih Banyak Info Berkaitan Dengan “Jam Tangan Pintar” Dari Apple Kedengaran

Lebih Banyak Info Berkaitan Dengan “Jam Tangan Pintar” Dari Apple Kedengaran

Diterbitkan pada Feb 13, 2013 oleh .

iWatchMinggu ini sahaja, selepas WSJ melaporkan mengatakan Apple sedang menguji “jam tangan pintar” mereka, kini laporan baru pula hadir daripada pihak Bloomberg mengatakan ia telah pun melangkaui fasa eksperimen, dan telah memasuki fasa pembangunan yang seterusnya.

Kedua-dua berita yang kedengaran ini selari antara satu sama lain, sekaligus memperlihatkan Apple mungkin hadir dengan peranti berbentuk jam tangan yang dijana menggunakan iOS tidak lama lagi.

Menurut Bloomberg, Apple mempunyai lebih 100 orang yang membangunkan peranti ini buat masa ini.

Bercakap mengenai jam tangan pintar, beberapa syarikat telah pun sedia menawarkannya, dan semestinya Apple perlu hadir dengan sesuatu yang berbeza dalam menarik perhatian pengguna.


TIPS & ULASAN