LG Memperlihatkan Rekabentuk Peranti Optimus G Pro Bersaiz 5.5-inci

LG Memperlihatkan Rekabentuk Peranti Optimus G Pro Bersaiz 5.5-inci

Diterbitkan pada Feb 13, 2013 oleh .

Selepas gambar peranti LG Optimus G Pro tertiris ke arena web sebelum ini, kini pihak LG sendiri telah memperlihatkannya sendiri gambar peranti bersaiz 5.5-inci mereka, yang mana mempunyai beberapa elemen rekabentuk daripada Galaxy Note 2 padanya.

LG Optimus G Pro

Daripada apa yang diketahui, ia akan membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan HD penuh (1080p), disamping menggunakan kaca lengkung dalam memberikan efek “2.5D” padanya. Seperti kebanyakkan peranti Android masa kini, ia turut dijangka akan menggunakan cip pemprosesan empat teras padanya.

LG dijangka akan melancarkannya secara rasmi di Korea Selatan tidak lama lagi, disamping memperlihatkannya pada Mobile World Congress 2013 pada penghujung bulan ini.

LG Optimus G Pro 5.5


TIPS & ULASAN