Video Promosi Awal Untuk HTC One (HTC M7) Diperlihatkan

Video Promosi Awal Untuk HTC One (HTC M7) Diperlihatkan

Diterbitkan pada Feb 13, 2013 oleh .

Dengan pelancaran HTC One atau HTC M7 dalam masa beberapa hari sahaja lagi, selain daripada gambar peranti yang tertiris sebelum ini, beberapa video promosi juga mula kelihatan, memberikan teaser awal untuk peranti tersebut.

Video yang dikumpulkan oleh pihak HTC Source ini adalah daripada video di halaman utama HTC.com, yang mana memaparkan countdown disebalik video tersebut.

Pada masa yang sama, pihak HTC Malaysia juga hari ini mengubah gambar utama Facebook mereka, memperlihatkan petanda kemungkinan peranti baru daripada HTC ini mungkin menggunakan bahan binaan berasaskan (metal).

HTC Metal

Apa pun, segalanya akan terjawab dalam masa lebih kurang 6 hari lagi. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN