Opera Mengumumkan Peralihan Ke WebKit – Mempunyai Lebih 300 Juta Pengguna

Opera Mengumumkan Peralihan Ke WebKit – Mempunyai Lebih 300 Juta Pengguna

Diterbitkan pada Feb 13, 2013 oleh .

Opera SoftwareOpera Software sedia terkenal dengan pelayar web mudah-alih dan desktop mereka, dimana selama ini membangunkan menggunakan enjin mereka sendiri, Presto. Tetapi tidak lama lagi, mereka akan beralih kepada WebKit secara berperingkat.

Daripada apa yang dikongsikan oleh pihak Opera, perubahan ini akan menjimatkan lagi penggunaan sumber mereka, disamping tidak lagi perlu risau akan pengoptimasian untuk sesuatu web, sebaliknya boleh memfokuskan sepenuhnya terhadap inovasi dan teknologi pelayar web.

Presto sebelum ini telah direkabentuk dengan sokongan kepada pelbagai platform, namun sering berhadapan dengan cabaran untuk menyesuaikan ia dengan beberapa web yang tidak begitu mesra dan sebagainya.

Opera mengatakan mereka akan beralih ke WebKit dan juga Chromium untuk pelayar web mereka secara berperingkat pada tahun ini. Pada masa yang sama, Opera turut berkongsi mengatakan mereka mempunyai lebih 300 juta pengguna yang menggunakan pelayar web mereka pada pelbagai platform.

Pelayar web mudah-alih dengan enjin WebKit ini dijangka akan diperkenalkan pada Mobile World Congress 2013 penghujung bulan ini, disamping sekaligus membolehkan Opera bersaing dengan lebih sihat dikalangan pembangun yang lain.


TIPS & ULASAN