Lazada sedia terkenal dengan jual-beli pelbagai peralatan elektronik dan beberapa barangan yang lain. Terkini, mereka dilihat bekerjasama dengan pihak eSentral dalam menawarkan buku digital melalui laman mereka.
Daripada apa yang dilihat buat masa sekarang ini, buku digital berupa fiksyen lebih banyak daripada yang lain di Lazada, dan pada sesetengah buku digital yang ditawarkan, pihak Lazada memaparkan notis mengatakan pengguna perlu memuat-turun aplikasi iPhone, iPad, Android atau menggunakan CloudReader untuk mengakses kandungan dan membacanya.
Dunia buku digital mula mendapat perhatian sejak daripada tahun lepas, dimana beberapa nama besar telah melancarkan aplikasi digital mereka. Selain daripada Karangkraf yang baru-baru ini memperkenalkan tawaran digital mereka – eMall, syarikat telekomunikasi tempatan, Maxis juga turut sama tidak ketinggalan dengan Maxis eBuuk mereka.
Mungkin selepas ini, beberapa syarikat lain turut sama akan hadir dan menawarkan kandungan dan tawaran buku digital mereka, sekaligus memperbanyakkan lagi tawaran kandungan digital dikalangan pengguna tempatan.
TERIMA KASIH AZREE