(Ura-Ura) BlackBerry Z10 Berharga RM2188 Di Malaysia?

(Ura-Ura) BlackBerry Z10 Berharga RM2188 Di Malaysia?

Diterbitkan pada Feb 13, 2013 oleh .

Hari ini, Malaysian Wireless melaporkan berdasarkan kepada sumber-sumber terdekat mereka, dimana BlackBerry Z10 yang bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi akan berharga sekitar RM2188, dan ditawarkan melalui Maxis terlebih dahulu sebelum syarikat telekomunikasi lain.

BlackBerry Z10

Seperti semua sedia maklum, BlackBerry Malaysia sendiri bakal mengadakan acara pelancaran peranti dan platform terbaru tersebut di Malaysia pada 20 Februari ini, dimana lebih banyak info berkaitan akan dikongsikan pada tarikh tersebut.

BlackBerry 10 MalaysiaDaripada apa yang dikongsikan Malaysian Wireless, peranti BlackBerry Z10 hanya akan dijual pada bulan Mac kelak, dengan Maxis yang dijangka akan membuka pendaftaran minat seawal minggu pertama Mac. Sebelum ini juga, kita telah mendengar pihak Maxis mengatakan mereka akan menjadi yang terawal menawarkan peranti tersebut untuk pengguna tempatan.

Selain daripada Maxis, Celcom juga dikatakan akan menawarkannya, selain berkemungkinan beberapa syarikat telekomunikasi lain yang turut akan melakukan perkara sama.

Namun, seperti biasa, ia hanya sekadar ura-ura sahaja dan pelbagai perkara boleh berubah ketika pelancarannya.

Kami akan membawakan kemaskini langsung daripada acara pelancarannya di Malaysia minggu hadapan. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN