Apple telah memperkenalkan komputer riba mereka dengan paparan Retina pada tahun lepas. Setelah beberapa bulan, kini Apple mengemaskini kelajuan cip pemprosesan padanya, disamping menawarkan ia pada harga lebih rendah berbanding sebelumnya.
Sebelum ini, harga jualan untuk MacBook Pro Retina bermula daripada harga RM5299 untuk versi 13-inci, tetapi dengan kemaskini hari ini, ia bermula pada harga RM4599 dengan ruangan storan sebesar 128GB. Versi 13-inci turut dikemaskini dengan cip pemprosesan 2.6Ghz dan ruangan storan sebesar 256GB pada harga bermula RM5299.
Versi 15-inci dengan cip pemprosesan 2.4GHz pada harga bermula RM6799, dan dengan cip pemprosesan 2.7GHz pada harga bermula RM8699.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan MacBook Retina, mungkin boleh menyemak Apple Store Malaysia hari ini dan melakukan tempahan melaluinya hari ini.