Mozilla telah pun mengumumkan pembangunan Firefox versi Metro tidak lama sebelum ini, dan kini, bagi mereka yang menggunakan Windows 8, boleh memuat-turun Firefox Nightly terkini, dan mencuba sendiri pada komputer mereka.
Buat masa ini, dikatakan terdapat pelbagai perkara yang dibangunkan lagi, termasuk kepantasan pelayaran dan prestasi pelayar web tersebut sendiri.
Dari percubaan kami, ia menghadapi masalah untuk menatal beberapa kali apabila digunakan, menjadikan agak sukar untuk digunakan. Namun, apabila digunakan pada mod desktop, ia berfungsi seperti biasa tanpa sebarang masalah.
Bagi mereka yang ingin mencubanya boleh memuat-turun Firefox Nightly hari ini, dan menetapkan ia sebagai pelayar web utama supaya dapat mengaksesnya melalui antaramuka Metro.
- Muat Turun
- Muat-Turun Firefox Nightly untuk Windows 8