HP Sedang Membangunkan Peranti Mudah-Alih Berasaskan Android

HP Sedang Membangunkan Peranti Mudah-Alih Berasaskan Android

Diterbitkan pada Feb 14, 2013 oleh .

Adakah HP dapat bersaing dengan tablet berasaskan Android?HP sebelum ini telah pun mengambil-alih Palm dan juga webOS. Namun, disebabkan tidak diberikan perhatian dan pemasaran sepatutnya, webOS kurang mendapat sambutan, dan disumbangkan kepada komuniti sumber terbuka.

Namun, dengan lebih ramai pengguna yang selesa menggunakan telefon pintar dan tablet berbanding komputer, HP tidak ingin ketinggalan sama, dimana mengikut laporan terbaru, dikatakan mereka sedang membangunkan tablet berasaskan Android.

Ia dikatakan tablet HP yang baru bakal diperlihatkan seawal MWC 2013 ini, dan dijangka akan menjadi antara tablet terawal yang menggunakan cip pemprosesan Tegra 4.

HP TouchPad

Sebelum ini, HP pernah mengeluarkan tablet mereka, Touchpad, namun dimatikan jauh sebelum ia sempat dilancarkan untuk pasaran Malaysia.


TIPS & ULASAN