Molome Untuk Windows Phone Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Molome Untuk Windows Phone Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Feb 14, 2013 oleh .

Molome untuk Windows Phone telah dinantikan ramai sejak bulan September 2012 yang lepas, dan kini sebuah gambar dikongsikan, memperlihatkan ia mungkin akan dilancarkan terlebih dahulu untuk pengguna peranti Lumia tidak lama lagi.

Molome seperti semua sedia maklum, menawarkan kebolehan untuk menambah efek pada gambar sebelum dikongsikan bersama-sama yang lain. Ia merupakan salah satu aplikasi yang popular dikalangan pengguna Symbian dan juga BlackBerry.

Namun, walaubagaimanapun, semestinya ramai yang mungkin menantikan aplikasi Instagram, yang masih belum diketahui sama ada akan hadir untuk Windows Phone ataupun tidak.

Molome - Lumia


TIPS & ULASAN