Peranti Tizen daripada Samsung telah dinantikan ramai sejak daripada tahun lepas lagi, dan mengikut laporan terbaru, ia diperkatakan Samsung mungkin akan memperlihatkan peranti Tizen utama mereka pada Mobile World Congress 2013 penghujung bulan ini.
Tizen merupakan sistem operasi sumber terbuka yang mendapat sokongan daripada Samsung, disamping turut disokong oleh Intel, dan dikawal oleh linux Foundation. Versi stabil pertama sistem operasi tersebut telah dikeluarkan pada April tahun lepas, dan kini Tizen 2.0 dalam pembangunan.
Namun, sehingga kini, peranti yang menggunakan sistem operasi tersebut masih belum dipasarkan lagi.
Jadi, mungkinkah kita akan melihat peranti Tizen pada Mobile World Congress 2013 ini?