NVIDIA telah memperkenalkan cip pemprosesan Tegra 4 mereka pada bulan Januari yang lepas di CES 2013. Kini, mengikut beberapa laporan, ia dikatakan cip pemprosesan tersebut akan hadir bermula bulan Julai ini, dan kita akan dapat melihat tablet yang dijana kuasa Tegra 4 bermula Ogos atau September 2013.
Tegra 4, seperti semua sedia maklum, dikatakan sebagai cip pemprosesan mudah-alih terpantas didunia, membawakan GPU 72-teras, CPU A15 empat-teras, sokongan paparan 4K dan sokongan 4G LTE padanya, disamping sokongan pengambaran kamera yang baik.
Pada masa yang sama, kita juga mungkin akan dapat melihat NVIDIA Shield yang dinantikan ramai pada tempoh lebih kurang sama.