Cari @ Amanz

Dropsync Membawakan Sokongan Sync Sepenuhnya Untuk Dropbox Pada Android

Oleh Aman

Link Copied!

Dropbox sedia menyediakan aplikasi rasmi mereka untuk pengguna Android. Tetapi, ia terhad untuk mengakses fail-fail yang disimpan pada Dropbox, dan tidak boleh diakses tanpa talian internet.

Namun, berbeza untuk aplikasi Dropsync yang mana membawakan sokongan sync sepenuhnya, berfungsi sama seperti Dropbox pada desktop. Pada pertama kali ditetapkan, ia memuat-turun segala fail dan folder daripada Dropbox ke peranti Android anda, dan begitu juga sebaliknya.

Pada masa yang sama, pengguna juga boleh membuat-tetapan untuk memuat-naik secara serta-merta untuk rakaman gambar kamera dan sebagainya pada peranti anda.

Dropsync

Pengguna boleh menetapkan beza masa untuk autosycn diantara 15 minit, 30 minit dan sebagainya, dan pada masa yang sama, menurut pembangunnya, aplikasi ini sangat efisyen dan tidak menggunakan tenaga bateri yang banyak seperti aplikasi lain.

Namun, untuk versi percuma, Dropsync hanya terhad untuk satu folder sahaja, sebaliknya versi berbayar membolehkan pengguna untuk sync lebih daripada satu folder, dan fail sebarang saiz.


Komen ()