Jikalau Twitter mempunyai Vine untuk rakaman video pendek menggunakan peranti mudah-alih, kini Vimeo yang sedia terkenal dengan perkhidmatan video berkualiti tinggi mereka mengambil-alih aplikasi dan perkhidmatan Echograph.
Echograph sedia terkenal sebagai aplikasi untuk membuat GIF, dan sebelum ini dijual pada harga $2.99 di AppStore. Namun, dengan pengambil-alihan ini, aplikasi tersebut kini diberikan secara percuma kepada semua pengguna.
Dengan pengambil-alihan ini juga, ia sekaligus memudahkan pengguna untuk menghasilkan kandungan yang menarik dan dikongsikan bersama-sama rakan-rakan lain dengan lebih mudah.
Sebelum ini, Google telah memperkenalkan YouTube Capture untuk rakaman video menggunakan peranti mudah-alih, dan Twitter pula hadir dengan Vine. Kini dengan Vimeo melakukan perkara sama, mungkinkah kita akan melihat Facebook turut hadir dengan sesuatu yang sama tidak lama lagi?
- Muat Turun
- Muat-Turun Echograph untuk iOS