Asphalt 7 Ditawarkan Secara Percuma Untuk Waktu Terhad (iOS)

Asphalt 7 Ditawarkan Secara Percuma Untuk Waktu Terhad (iOS)

Diterbitkan pada Feb 15, 2013 oleh .

Asphalt 7 : HeatPada peranti mudah-alih, salah satu permainan berbentuk perlumbaan kereta yang popular dan membawakan grafik menarik adalah Asphalt 7 : Heat daripada Gameloft. Hari ini, bersempena dengan promosi Tahun Baru Cina, permainan ini ditawarkan secara percuma untuk waktu yang terhad.

Asphalt 7 – Heat biasanya berharga $0.99 di AppStore dan juga Google Play Store. Sejak ia dilancarkan pada tahun lepas, permainan perlumbaan ini menerima pelbagai reaksi dan maklumbalas positif, menjadikan ia antara permainan popular dikalangan pengguna peranti mudah-alih.

Daripada semakan kami, permainan ini hanya ditawarkan secara percuma untuk pengguna iOS sahaja, sebaliknya masih berbayar di Google Play Store.

Muat-Turun Asphalt 7 Untuk iOS


TIPS & ULASAN