Setelah menyediakan Steam untuk Linux dalam bentuk beta sebelum ini, hari ini, Valve secara rasminya melancarkan Steam untuk Linux, dan sedia dimuat-turun oleh semua melalui Ubuntu Software Center.
Bersama-sama dengan pelancaran Steam untuk Linux ini juga, ia sekaligus membuka peluang kepada para pengguna Ubuntu menikmati pelbagai permainan pada komputer mereka, disamping pembangun yang boleh menawarkan permainan mereka kepada lebih ramai lagi.
Seperti semua sedia maklum, beberapa permainan popular, seperti Team Fortress 2 telah pun tersedia, disamping permainan lain seperti Counter Strike : Source, Half-life dan lain-lain.
Bersempena dengan pelancaran ini juga, pihak Valve turut sama menawarkan potongan harga sebanyak 50% hingga 75% untuk lebih 50 permainan bermula daripada hari ini sehingga ke 21 Februari kelak.