Cari @ Amanz

PlayStation 4 merupakan salah satu konsol yang dinantikan ramai, apatah lagi Sony yang menjanjikan sesuatu berkaitan PlayStation pada minggu hadapan. Dengan beberapa hari lagi sebelum acara rasmi Sony, kini sebuah gambar tertiris ke web, dikatakan sebagai prototaip awal untuk alat kawalan PlayStation 4.

Prototaip Controller PS4

Sebelum ini, beberapa laporan mengatakan ia akan menyertakan skrin sentuh padanya, dan daripada gambar prototaip awal yang kelihatan, ia menunjukkan sebuah bahagian khas, yang mana mungkin merupakan touchpad selain daripada lampu berwarna biru bada bahagian belakangnya.

Tiada banyak maklumat yang dikongsikan selain daripada gambar ini buat masa ini. Sony bakal mengadakan acara media khas mereka berkenaan dengan PlayStation pada 20 Februari (21 Februari waktu Malaysia) ini. Sama-sama kita nantikan apakah yang bakal dibawakan mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd