Opera sedia terkenal dengan pelayar web mudah-alih mereka, dan hari ini, mereka turut sama mengumumkan pengambil-alihan Skyfire, salah satu pelayar web popular dikalangan pengguna peranti mudah-alih.
Opera mengumumkan pengambil-alihan Skyfire pada harga $155 juta, dimana ia diperkatakan pengambil-alihan ini memfokuskan kepada kepakaran Skyfire pada pengoptimasian video pada peranti mudah-alih.
Pada masa yang sama, Skyfire akan kekal berfungsi dan dibangunkan, dimana ia akan beroperasi sebagai salah satu subsidiari Opera.